share

Edit Posted by
Kredit : http://mingguanwanita.karangkraf.com/info-psikologi/air-liur-bayi-anda-meleleh-1.233806


Bukan sesuatu yang luar biasa apabila melihat bayi yang air liurnya membasahi mulut dan dagu. Lalu beranggapan ia kerana gigi bayi sedang tumbuh atau lainnya. Menurut jurnal Pediatric Child Health, air liur meleleh sentiasa terjadi pada bayi terutama di usia sekitar lima hingga enam bulan. Ini kerana kemampuan menelan pada bayi masih sangat terbatas.

Selain itu, mengeluarkan air liur juga memberi manfaat kepada bayi, iaitu:

  • Membersihkan – Air liur yang mengalir keluar membuatkan mulut lebih lembap dan bersih.
  • Mengenal rasa – Air liur membantu bayi lebih mengenali rasa sehingga boleh membantu meningkatkan selera makan.
  • Pelincir – Ketika si kecil tumbuh gigi, aliran air liur berfungsi untuk mencegah gejala radang di sekitar gigi.